UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Abd. Hamid Mohd. Azhar, Balwi Mohd. Koharuddin, Othman Muhamed Fauzi, Md. Shah Azmi,
Title :Beberapa premis tentang perasaan hasad-dengki (PHD) sebagai nilai masyarakat Melayu : suatu polemik? (IR)
Year of Publication :2004
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Perasaan hasad-dengki (P.hd) telah menjadi suatu klise di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia sejak sekian lama. Walaupun konsep P.hd terdapat dalam semua masyarakat di dunia, namun mengapa dalam konteks di Malaysia, ia seolah-olah bersinonim dengan masyarakat Melayu. Apakah benar Phd merupakan nilai yang telah membatin dalam jiwa raga masyarakat Melayu? Inilah persaoalan yang akan cuba dikupas oleh kami. Walaupun persoalan ini amat remeh bagi sesetengah daripada kita, namun kami amat percaya jarang masyarakat Melayu, melihatnya dari sudut ilmiah dan empirikal. Phd tidak bersendirian, malah ia telah mewujudkan slanga sosial yang amat negatif terhadap konsep diri masyarakat Melayu seperti ‘Jangan kerja rajin ‘Janji Melayu ‘Dendam Melayu ’ dan sebagainya. Jika benar, P.hd merupakan nilai dan tanggapan diri masyarakat Melayu, ia sesuatu yang amat merugikan masyarakat Melayu keseluruhannya. Oleh yang demikian, dalam kertas kerja konseptual ini kami akan menyelusuri konsep P.hd dalam perspektif lokal dan global. Beberapa teks agung Melayu iaitu Sejarah Melayu dan beberapa teks prosa klasik Melayu lama, puisi dan peribahasa Melayu akan digunakan sebagai asas perbincangan tajuk ini. Selain itu, kami turut menggunakan beberapa teks naratif moden untuk mengungkapkan konsep Phd dalam persekitaran moden dan sekular. Teras kepada polemik konsep Phd ini akan berkisar kepada tiga premis iaitu pertama, orang Melayu dengki jika orang Melayu berjaya?; kedua, Orang Melayu akan melakukan tindakan agresif terhadap pesaing Melayu yang lain?; dan ketiga, Phd menimbulkan perasaan dendam, fitnah-menfitnah?. Setiap satu daripada premis ini akan dibahaskan secara berpada. Akhimya kertas kerja akan menggagaskan ‘Jati diri Melayu’ sebenar yang dapat mampu melakarkan kehidupan harmoni, aman dan rukun dalam persekitaran yang amat kondusif.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)